Khamis, 2 Mei 2013

bersabarlah walaupun ia pahit T.T





Kadang-kadang kita minta pada Allah sesuatu, seseorang… yang kita rasa ‘inilah yang terbaik untuk aku'.

Tapi Allah beri kita yang sebaliknya. Allah tunjukkan melalui istikharah atau istisyarah, ‘…boleh jadi kau menyukai sesuatu tapi itu tidak baik untukmu…”

Mulalah kita sedih, kecewa. Bertanya pada diri, bertanya pada Allah ‘mengapa?’. Mulalah kita rasa tidak yakin pada petunjukNya.

Sabarlah. Ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Lambat atau cepat, Allah pasti tunjukkan mengapa bukan dia, mengapa bukan itu, mengapa bukan ini…Allah pasti akan beri peluang untuk kita nampak sendiri mengapa itu tidak baik untuk kita.

Pandanglah dengan mata hati. Allah itu baik, Allah tidak pernah leka. Yakinlah pada petunjukNya. Tidak pernah Dia menarik sesuatu tanpa memberikan sesuatu yang lebih baik sebagai ganti.







p/s: bersangka baiklah pada ALLAH !

ALLAHUAKBAR !




santaii .. 
dalam keadaan aku yg agak krikal neyh . aku nk ajak korg sama-2 b'UBAT HATI ' ngan aku . aku tauw ramay jerk yg berada dalam situasi  kritikal cm aku  neyh .
jom berubat !

Imam al-Ghazali ada memberi nasihat untuk membersih hati daripada penyakit yang memyebabkan seseorang itu merasa ria', bangga, ego dan sebagainya.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih tua hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka telah lama hidup dan telah banyak amalan yang mereka lakukan.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih muda atau kanak-kanak maka hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka baru sedikit melakukan dosa berbanding kamu yang lebih lama hidup dan lebih banyak dosa.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang melakukan maksiat maka hendaklah kamu berkata bahawa mereka melakukan maksiat kerana jahil tentang dosa dan pahala sedangkan kamu melakukan maksiat sedangkan kamu mengetahuinya.

 Apabila kamu berjumpa ulama' atau orang alim maka kamu hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kamu kerana mempunyai banyak ilmu sedangkan kamu kurang ilmu



p/s ; dengan mengingati Allah jga hati kyta akan mnjadi tenang . [ar ra'd]
so bnykknlh ingat ALLAH . mnx lah kepadaNYA . DIAlah sebaik2 penentu . 


~ istighafar ~
i!astaghfirullahalzim !i