Sabtu, 25 Mei 2013

sediakan baldi !!

 

Hari ini,aku nak kongsikan beberapa ungkapan chentan-chentun dan ayat-ayat jiwang yang sering diluahkan oleh pasangan yang sedang hangat berchenta, terutamanya yang masih belum berkahwin. Khalakar pon ada. Yelah, diungkapkan ketika sedang mabuk berchenta kan..? Yang mengarut dan merepek pon banyak. Chenta punya pasal. Disertakan juga komen ringkas aku untuk menunjukkan kepada korg kenapa ayat-ayat ini sungguh amat mengarut dan tidak lagi relevan (tapi mungkin relevan untuk yang sudah mendirikan rumah tangga). 

Kepada anda yang mudah loya dan ada alerjik dengan ayat-ayat sebegini, dinasihatkan untuk sediakan baldi atau beg kertas sebagai langkah berjaga-jaga. Sebarang kejadian sawan, mulut berbuih atau berlari kencang sambil menarik-narik rambut adalah di luar tanggungjawab saya. Eheh.

Baiklah. Anda sudah bersedia..? 

Ayat Jiwang 1: Anda menyempurnakan saya. (Baca: You complete me)

Komen: Mengarut. Mana ada makhluk kat dunia ni yang sempurna..?


Ayat Jiwang 2: Lautan api sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup ku daki!

Komen: Eleh. Ye la tu. Jangankan lautan api, terkena percikan api ketika sedang membakar ayam percik pon dah terpekik terlolong. Naik tangga dua tiga tingkat pon dah termengah-mengah. Apa kes..? Ini semua propaganda Freemason! Eh.


Ayat Jiwang 3: Ambillah pisau ni dan belahlah dada kekanda. Dinda pasti akan ketemu chenta yang tidak pernah berdusta!

Komen: Betul ni..? *ambil pisau daging paling besar dan tajam sambil gelak keji*


Ayat Jiwang 4: I nak sehidup semati dengan you! You jump, I jump!

Komen: Ok pertama, ajal maut tu di tangan Tuhan. Kalau si dia ditakdirkan mati dan giliran anda belum lagi, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan. Kedua, apalah bodoh sangat nak mati disebabkan chenta..? Bunuh diri tu haram tahu..??


Ayat Jiwang 5: Ayang, abang chenta ayang dahulu, kini dan selamanya! Forever ever!

Komen: Muntah hijau. Anda anda bebola kristal sakti ke untuk baca apa yang akan berlaku pada masa hadapan..? Untuk kaum perempuan, berhati-hati dengan seperti ini. Ada bau-bau buaya dan kasanova di situ. 


Ayat Jiwang 6: (Chenta jarak jauh) Wahai dinda, coba dinda keluar dan tengok bulan purnama yang bersinar terang itu. Ketahuilah, kita sedang melihat bulan chenta yang sama!

Komen: Pandang kiri, pandang kanan. Shiuhh shiuhhh angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Err.. Sejak bila anda jadi ahli astronomi ni..? Apa faedahnya tengok bulan..? Baik baca Quran. Ahah. 


Ayat Jiwang 7: Tiada apa yang dapat memisahkan chenta kita. Siapa-siapa yang jadi batu penghalang, kita akan tentang!

Komen: Ada. Allah. Ada bran..? 


Ayat Jiwang 8: Anda adalah segala-galanya buat saya. Anda adalah dunia untuk saya!(Baca: You are the world to me)

Komen: Ya..? Coba letak kereta Audi R8 sebuah (untuk lelaki) dan cincin berlian dua puluh lapan karat (untuk perempuan) di hadapan mereka ini. Sekarang tengok mereka pilih yang mana. Eheh.


Ayat Jiwang 9: Kalau you kahwin dengan I, I janji I akan setia sampai mati. Dan I akan penuhi apa sahaja permintaan you, demi kebahagiaan you. I janji sayang!

Komen: I am for yooouuu.. I am for youuuu.. Janji dicapati! Yeaaahh. Eh.


Ayat Jiwang 10: Kalau dinda jadi bulan, kekanda nak jadi si pungguk yang rindukannya. Kalau dinda jadi bunga, kekanda nak jadi si lebah yang menghisap madunya. Dan andai dinda jadi intan berlian, biarkan kekanda jadi jauhari yang mengenal manikamnya. Ewah!

Komen: Hidung berdarah. Anda nak buat dokumentari untuk Diskaberi Cenel ke apa..? Dan hallo..? Ni zaman abad ke dua puluh satu kot, orang main MukaBuku, Pengicau dan Instagram. Mana dah orang pakai bulan, pungguk semua tu. Ketinggalan zaman betul!

Ok cukuplah sepuluh ayat-ayat jiwang untuk hari ini. Risau pula saya nanti ada yang bunuh diri dengan terjun gaung atau merelakan diri digilis keretapi kerana tidak tertahan membaca ayat-ayat yang sumpah geli ini. Wahahaha.. 

Oh, ada beberapa ayat chentan-chentun dan jiwang, tetapi halal dan dibenarkan untuk mengungkapkannya. Itu pon dengan syarat; sama ada sesama jantina bagi yang belum berkahwin dan untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Anda sudah bersedia untuk berdarah hidung sekali lagi..? Eheh. Antaranya:

  1. Ana uhibbuka fillah qawiyy jiddan! - Saya chentakan anda kerana Allah, terlalu amat sangat!
  2. Akhi, jom berchenta hingga ke sorga..?
  3. You are my best friend till jannah!
  4. Andai dikau pergi menemuiNya, tunggu daku di pintu sorga.
  5. Tidak akan aku tinggalkan dirimu, sehingga syahid memisahkan kita!
  6. Ana ingin menjadi pemegang kunci sorga enta, agar dapatlah kita masuk sorga bersama. (ok yang ini seriyes muntah darah)
  7. Bunga-bunga chenta kita keranaNya, sudah memekar mewangi. Petiklah satu, dan hiasi ia pada imanmu. Ewah!
  8. You jump, I jump! You jump into the hellfire, I will jump to save you from there! 
  9. Sorga itu terlalu besar untuk seorang. Jom masuk sama-sama..? 
  10. Walau kita dipisahkan oleh jarak yang jauh, ketahuilah, kita berbuka dengan kurma yang sama. Phewwiittt!


Wah! Bagaimana..? Manis tahap potong kaki bukan...?? Wahahaha. 

Berchenta itu tidak salah. Yang selalu buatnya salah dan hodoh, adalah nafsu serakah diri yang sering membuatkan kita terkeluar daripada gelanggang ibadah dan syariah!

Berchenta itu indah. Lebih nikmat dan manis, andai dasar chenta itu adalah iman dan ketaatan kepada Allah!

Dan berchenta itu mudah. Yang sering membuatkannya payah dan susah adalah kerana kesuciannya yang terpalit oleh jahiliyyah!

Jom berchenta kerana Allah! Senyum lebar


copy by -------> angel

p/s x dk idea nk tless

Jumaat, 24 Mei 2013

teruskan langkah korang !

salam satu islam !!!
uwaaa ! smalam 23 mei  aku kehilangan 2 orang kawan sebatch ngan aku n sorang junior aku .

paling sdeyh  khilangan kawan aku lha  . tyrah n syud . uwaaa ! 
selamat jalan teman ! truskan lgkah korg . 
BERANI KERANA BENAR !!

ingat tue ... 
khilangan depa 2 sangat tersa sbp akhir2 neyh kami AGAK rapat . x lupa jgk pada typahh . 
.
tape truskan lgkah . jgn pantang mngalah !

syud also kau . aku sdeyh sehingga mgalir air mate apbila khilangn korang tersayang , 
hope . kyta nyer persahabatan akan teruskan kekal walau un bru setaun kyta berkenalan .
ok lh tue kn ??


sebelum dyorg kuar tinggalkn azhar . kytorg budax f4 g sambut hari perpisahan ngan dyorg kt pizza
perghh . bez r . rugi gler sape x ikot uw .. 

nk tngok gmbqq kytorg ..??


seee*.*
nyumx3
chezee~

yoww!
poyo*
spagetti cabonara

 da bez !
 gilax3
arghhh !!



 pagi hari tetrakhir bersama budax 2 org tue
 ........
         syud                                                            tyrah

buat kau sahabat !



p/s : bertemu n bpisah kyta kerana ALLAH !
nnty jumpa di jannah .

~~HARGAILAH SAHABAT yg maseh ad d dpan mata ~~

Jumaat, 3 Mei 2013

maafkan diri ku teman !

juz want to share~

terjadilah sebuah peristiwa yang kyta tidak inginkan .
2 sahabat bergadoh [ala2 pompuanlah ] disebabkan seseorg yg bru ku knali x smpy 2tahun
ape kah suma ini sudah ditakdirkan oleh TUHAN ?
Ya RABBI apekah suma ini ?
sahabat ku ini telah ku knali nya 5 taun . sedangkan budax itu blom smpay 2tahun . .
apakah aku patot lbeyh kan budax  itu dr sahabat aku sndiri ?
adakah aku sanggup membiarkan sahabat aku merana disebabkan budax itu ! 

ya ALLAH perihalah persahabatan kami . 
jauhkan lah kami dr persengketaan . 

kisah yang dahuluu biarkan ia berlalu . aku ta mahu ulangi nya lagi .
maakanlah aku teman ! 
walau un aku tahu budax itu penah ku meluah kan sglanya  padanya [a.k.a close], kini tidak . 
tp aku ckup bangga kerna dya telah bertemu dgn org yg lebeyh baik dari aku . 
pnyakit hatiku yg dlu mnguasai diriku kini tiada lagi selepas aku berusaha untuk memujuk diri yg hina ini .

Ya Allah kau temukanlha aku dengan sesorg yg lebeyh baik ! 
  walaupon perit untuk aku tinggalakn budax itu namun sahabat aku lebeyh dr sgala2nya . 

n
n
t
y

a
k
u

u
p
l
o
a
d

g
a
m
b
a
r

d
y
e


~berukhwah kerna Allah ! ~

uhibbuki fillah <3 p="">








Khamis, 2 Mei 2013

bersabarlah walaupun ia pahit T.T





Kadang-kadang kita minta pada Allah sesuatu, seseorang… yang kita rasa ‘inilah yang terbaik untuk aku'.

Tapi Allah beri kita yang sebaliknya. Allah tunjukkan melalui istikharah atau istisyarah, ‘…boleh jadi kau menyukai sesuatu tapi itu tidak baik untukmu…”

Mulalah kita sedih, kecewa. Bertanya pada diri, bertanya pada Allah ‘mengapa?’. Mulalah kita rasa tidak yakin pada petunjukNya.

Sabarlah. Ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Lambat atau cepat, Allah pasti tunjukkan mengapa bukan dia, mengapa bukan itu, mengapa bukan ini…Allah pasti akan beri peluang untuk kita nampak sendiri mengapa itu tidak baik untuk kita.

Pandanglah dengan mata hati. Allah itu baik, Allah tidak pernah leka. Yakinlah pada petunjukNya. Tidak pernah Dia menarik sesuatu tanpa memberikan sesuatu yang lebih baik sebagai ganti.







p/s: bersangka baiklah pada ALLAH !

ALLAHUAKBAR !




santaii .. 
dalam keadaan aku yg agak krikal neyh . aku nk ajak korg sama-2 b'UBAT HATI ' ngan aku . aku tauw ramay jerk yg berada dalam situasi  kritikal cm aku  neyh .
jom berubat !

Imam al-Ghazali ada memberi nasihat untuk membersih hati daripada penyakit yang memyebabkan seseorang itu merasa ria', bangga, ego dan sebagainya.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih tua hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka telah lama hidup dan telah banyak amalan yang mereka lakukan.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih muda atau kanak-kanak maka hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka baru sedikit melakukan dosa berbanding kamu yang lebih lama hidup dan lebih banyak dosa.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang melakukan maksiat maka hendaklah kamu berkata bahawa mereka melakukan maksiat kerana jahil tentang dosa dan pahala sedangkan kamu melakukan maksiat sedangkan kamu mengetahuinya.

 Apabila kamu berjumpa ulama' atau orang alim maka kamu hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kamu kerana mempunyai banyak ilmu sedangkan kamu kurang ilmu



p/s ; dengan mengingati Allah jga hati kyta akan mnjadi tenang . [ar ra'd]
so bnykknlh ingat ALLAH . mnx lah kepadaNYA . DIAlah sebaik2 penentu . 


~ istighafar ~
i!astaghfirullahalzim !i