Isnin, 30 April 2012

tujuan hidup




jom~ dgar kisah neyh ...

                              suatu hari, seorang anak murid bertanya kepada gurunya..


"cikgu , apa itu matang? tahap macam mane baru saya ni boleh digelar matang dan apa sebenar tujuan hidup kita ni?"


"sebelum itu, cikgu nak tanya awak dulu ye.. bagi awak matang tu macam mane dan apa yang awak rasa tentang kehidupan dunia ni?"si cikgu menyoal kemabli pula anak muridnya..


"ermm.. bagi saya kan cikgu.. matang tu bila kita sudah baligh la cikgu kan.. kita dah boleh kenal yang mana baik dan yang mana buruk.. kita dah boleh membuat keputusan sendiri, kita sudah bebas dari kongkongan ibu bapa dan time tu saya rasa saya sudah besar.. segala apa yang saya lihat saya mampu tafsirnya dengan akal ni.. tapi entahlah cikgu.. kadang- kadang saya rasa walaupun saya sudah matang, saya sudah mampu kenal yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana dosa dan yang mana pahala.. tapi saya tetap melakukan dosa walaupun saya sedar ia suatu dosa.. tapi seolah-olah tiada apa bagi saya.. kadang-kadang saya rasa hidup ini complicated sangat cikgu.. adakah sebab saya sebenarnya belum matang cikgu?..saya rasa saya tiada tujuan.. hidup saya bila gelak saya gelak bila menangis saya menangis macam dunia ni gitu-gitu je.. terkadang tu.. saya sedih la cikgu dengan diri saya.. saya bagai layang-layang terputus talinya.. apabila di atas, ditiup ke kanan geraklah saya ke kanan, apabila ditiup ke kiri geraklah saya ke kiri pastu lama kelamaan jatuh, jatuh dan tersungkur....." si murid tertunduk seolah ada kekesalan terbit dihatinya..


"muridku, jika awak ingin mengetahui apa itu matang, awak pergi ke masjid..solatlah di masjid pada setiap waktu.. awak akan lihat majoriti yang hadir ke masjid adalah golongan yang hanya tinggal membilang hari sahaja untuk meninggalkan dunia ini.. kenapa begitu? sebabnya di umur tua barulah mereka sedar bahawa hidup ini bukan hanya untuk sukaria, bukan untuk kerja semata-mata.. bukan untuk mengumpul harta.. tetapi hidup di dunia ini ialah jalan untuk menuju ke syurga yang abadi.. waktu kita muda ini, kita tahu mengenai itu, tetapi kita selalunya tidak menyedari kepentingannya kerna kita khayal dengan kehidupan dunia.. kita buat-buat lupa mengenainya, kita asyik dengan gurau senda dunia.. ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. ..namun bila disepak terajang oleh dunia baru  kita meraung menyeru namaNya, baru kita sedar Allah itu ada, baru kita sedar menyerahkan diri untuk beribadat kepadanya itu perlu dan baru kita sedar mengumpul sebanyak amal yang mungkin itu juga perlu untuk mendapat keredhaanNya..jika dunia ini awak kejar dengan nafsu dan kerana nafsu juga awak meninggalkan kehidupan akhirat, sesungguhnya apa yang bakal awak dapat hanyalah racun yang diselaputi keindahan yang bakal meracuni diri awak sendir.. yang bakal menjauhkan awak dari rahmaNya..


Muridku, seharusnya kita bersyukur. Allah menganugerahkan nikmat yang begitu besar nilainya berbanding segala permata dan mutiara di dunia ini iaitu nikmat Iman dan Islam. bukan semua hamba Allah di atas muka buminya ini yang dapat kecapi nikmat Iman dan Islam ini.. melalui Islam lah kita tahu tujuan hidup kita.. dimana Islam mengajar kita bagaimana untuk memanipulasikan kehidupan dunia ini untuk mendapat kerahmatan Allah seterusnya menjejak ke Syurga Allah yang Maha Indah..Hidup di dunia tidak lain seperti seorang pengembara yang pergi ke suatu tujuan lalu berhenti sebentar di bawah pohon untuk beristirahat. Tentu ia tidak selamanya berhenti, pasti ia akan meneruskan perjalanannya untuk mencapai tujuan yang di inginkannya.


Begitulah halnya hidup di dunia, hanya sebatas tempat peristirahatan ruh untuk memulihkan daya ingatannya kepada Tuhannya. Dan ia jaga dirinya di dalam peristirahatan itu agar ia tidak tertidur atau terlena, kerana kalau  ia tertidur maka ia akan hanyut di dalam bayangan–bayangan mimpi yang semakin membuatnya terlupa kepada tujuan yang sebenarnya. Bayangan–bayangan mimpi itu adalah segala keadaan yang ada di dalam kehidupan dunia ini, yang dinyatakan Allah dalam firman Nya sebagai permainan dan senda gurau. “Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”. (QS, Al – Hadiid : 20) Di ayat yang lain Allah pun menegaskan : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui”. (QS, Al – ‘Ankabuut : 64) Karena itu sudah sepantasnyalah kita bangunkan diri kita dari kelalaian yang mungkin selama ini kita terlena di dalam kehidupan dunia sehingga membuat kita lupa kepada tujuan hidup yang sebenarnya iaitu Keredhaan Allah SWT


muridku, sama-samalah kita merenungi diri kita ini..insan yang awak panggil cikgu ini juga tidak sempurna.. insan ini juga tercela dengan dosa.. Semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayah dan rahmatNya kepada kita semua.. wallahualam.. semoga Allah redha"

Rabu, 11 April 2012

debat pnye pasal !


salam . bertemu lagi disini . owuhh ! arinie daa nk kna blekk skulh . waaa ! rase cpat kjap sngtt cuti {mmg pown}
cbe bygkan ana blek slasa mlm . arinie daaa nk kna blek skolah ! ta puas nye cuti !
' ku gadaikan cuti ku ini semata2 tukk g DEBAT '
arghhh ! ta kysah ar suma tuhhh . yg pastinya ape yg ana bwat neyh adlh bnda yg baeq tukk diri N tukk skulh .
' tiada istilah REHAT di dunia ini , setenang REHAT adlh wakktuu d syurga nnt '
Amal ! truss Jihad ! caiyokk ! jgn mudah mngalah !
eh ! nk tauw tak ? td ana bru bkk FB then , ksyida ada post

'salam kak ilmiah (umi nurul izzah bahari)telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.40 mlm tdi..moga rohnya ditempatkn di kalangan org2 yg beriman...al fatihah...'

Ya allah ana rasa bru ja jmpa m.ilmiah tuhh arie Ahad ritue . sungguh cpat Allah mnjemputt dya .
bru je smlm ana msj ngan syidah ttg kematian . tak sangka ada yg pegi dlu dr kytorg .
" Ya Allah ! kau tempat kn lha m.cik ilmiah bersama2 org yg beriman ! "

m.cik neyh snggt baeq dgn ana . snggt baeqq !

moga izzah tabah yea :)


p/s; kyta tatauw ble ajal kyte . so bnykkanlah AMAL . selalu lha INGAT MATI ! coz dya akan mnyedarkan kyta bhwa kyta hidup dh ta lame dh kt dunia .



Selasa, 10 April 2012

sahabat bagaikan cermin


salam ! kyte jmpe lg kt blog yg agak cntek neyh . haa~ kali neyh ana nk kongsi ngan korang citer pasal sahabat .
sElaMat MemBaCa ^___^

"ishh taknaklah kawan sangat dengan dia, baik sangat ! asik kena tegur je, ini tak betul, itu tak betul, rimaslah ! "

Kata-kata di atas suatu realiti bukan?ok. Bayangkan, ketika anda berjalan-jalan bersama kawan anda dan anda terpijak najis, berdekah-dekah kawan anda mentertawakan anda dan mereka hanya membiarkan anda memijak najis itu. anda pasti rasa itulah kawan yang paling teruk anda pernah anda. namun, pasti lain situasinya ketika anda berjalan bersama-sama dengan rakan anda, anda hampir terpijak najis, namun cepat-cepat kawan anda menegur anda ada najis disitu, anda pun cepat-cepat mengelaknya dan bersyukur tidak terpijak najis itu dan bersyukur juga ada kawan yang begitu prihatin kepada kita.

Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita amat bertuah jika masih ada yang mahu menegur kita, membimbing kita, dan membawa kita ke jalan yang lurus iaitu jalan yang Allah redhai. dalam situasi di atas, sahabat yang menegur kita dan yang membimbing kita itulah yang dapat menolong kita daripada tergelumang dengan najis-najis dosa serta terus hanyut dalam kelalaian kepada dunia. Beruntungnya kita mempunyai sahabat yang sentiasa memandui kita menjalani liku-liku dunia yang mana begitu banyak benda yang indah di mata nafsu tetapi begitu jelik di mata iman.

Cuba bayangkan, kita dikerumuni kawan-kawan yang langsung tidak pernah membawa kita mengingati Allah, yang hanya tahu berhibur, bergelak ketawa dan mengajak kita kepada perkara-perkara yang membawa kemungkaran Allah. Iman kita pasti lambat laun akan goyah dan punah. Akhirnya, di akhirat nanti menyesal sudah tiada guna lagi lantaran keegoan kita yang tidak mahu tunduk pada kebaikan yang sering diserukan kepada kita. lebih malang lagi, apabila ajakan - ajakan ke arah kebaikan dan ke arah keredhaan Allah kita selalu entengkan malah lebih teruk jika kita mengata pula yang mengajak kita ke arah kebaikan itu. dikata ini, dikata itu. Umpamanya, kita mengata orang yang cuba memberitahu kita supaya mengelak daripada terpijak najis. tidakkah kita seorang yang sangat teruk jika berpelakuan seperti itu?

Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata.. "nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh.". Iya, nikmat sahabat yang soleh memang tidak ternilai, melihat gerak gerinya, mendengar tutur katanya, semuanya mengingatkan kita kepada Allah. SubhanAllah.

Dalam bersahabat juga, kita perlu ambil masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia biasa. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. kawan yang sentiasa membimbingnya dan menyedarkannya bahawa segala kekuatan itu datangnya dari Allah yang Maha Kuat dan segala apa yang kita ada juga datangnya dari Allah.

Semoga kita dapat mendidik diri agar tidak bosan menghulurkan tangan. Bukalah ruang rahmat dihati kita, sambutlah tangan mereka dengan penuh kasih sayang. Tiada kesempurnaan dalam diri manusia, bersabarlah menghadapi sahabat yang pelbagai. Semoga kita tergolong dalam golongan sahabat-sahabat yang soleh dan solehah. bersahabat hingga Syurga ! insyaAllah.



“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”